Saturday, April 30, 2011

Pengenalan

Persatuan Pelajar Malaysia India (PPMI) Bangalore Sesi 10/11 ditubuhkan pada 12 November 2010 di bawah General Konsulat Malaysia di Chennai. Fungsi PPMI Bangalore adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di sekitar Bangalore, Mysore, dan Kolar. Persatuan ini kini telah mencecah kira-kira 600 org ahli. Hampir semua ahli adalah pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan juga bidang pergigian. Walaupun pertubuhan ini masih baru, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang penubuhannya, seperti ‘Minggu Akademik’, penglibatan dalam ‘Malaysian Food Festival and Culture Event’ di Manipal, dan menjalankan aktiviti pilihan raya untuk pemilihan wakil pelajar.

Dalam pada itu, pelbagai program dan aktiviti sedang dirancang melibatkan pelajar-pelajar bukan sahaja dari sekitar Karnataka, tetapi turut melibatkan pelajar Malaysia dari seluruh India. Salah satu aktiviti tersebut ialah Program Perhimpunan Mahasiswa Seluruh India (PERMISI). Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal doktor selari dengan keperluan Malaysia yang bukan sahaja cilik, tetapi juga peka dengan isu semasa. Program ini juga bertujuan memupuk semngat kerjasama melalui aktivit-aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Program ini bakal dijalankan di sekitar Bangalore, di mana pusat utama aktivitnya adalah di International Medical School, Bangalore. Sasaran bilangan peserta program ini adalah tidak lebih dari 200 org, dengan kuota-kuota tertentu untuk peserta dari setiap institusi serata India..