Wednesday, May 25, 2011

Sedikit Ingatan Kepada Peserta.

Assalamualaikum warahmatullah.

Sedikit ingatan buat peserta.

Sebelum bergerak meninggalkan kawasan anda, di harap anda dapat mengisi borang Student Release Form dan emailkan terus kepada En Khairuddin. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak kedutaan mengetahui perjalanan anda. Anda boleh emailkan kepada educonsul.india@gmail.com.
Borang boleh di download dari sini:

Borang Student Release Form


Peserta dari luar juga di harap membawa bersama-sama passport dan RP anda. Ini hanya sebagai langkah keselamatan memandangkan anda bergerak keluar dari kawasan masing-masing. Sila pastikan keselamatan dokumen yang anda bawa bersama anda. Setiap peserta bertanggungjawab ke atas keselamatan dokumen diri masing-masing.

Pihak kami memohon maaf di atas pertambahan Rs 100 bagi yang menetap di hotel. Kami tidak dapat mengelakkan pertambahan ini. Sekali lagi kami mohon maaf di atas kesukaran.

Akhir kata, Selamat bertemu di PERMISI 2011!

Metamorfosis Jiwa Merdeka, Minda Global!


Yang mengharapkan segala yang terbaik,
Ammal Dzulfiqar Ismail,
Pengarah Program PERMISI 2011.

No comments:

Post a Comment